LAMAN BIOLOGY ASHAARIO

PENGENALAN

shaariomarjpeg.jpg
ASHAARIO

AHLAN WASAHLAN

Home | PENGENALAN | Science Resource Centre IPKB | Biology Form 4 | Biology Form 5 | Questions Bank | Predict Questions 2006 | Study Skill | Motivation | SMK Long Yunus | ICT Club

Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas. Sistem Biologi mempunyai kecenderungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walau bagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.

Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.


Bidang sains biologi dibahagikan kepada pelbagai subkajian seperti yang berikut:

  • botani
  • anatomi
  • zoologi
  • histologi
  • micologi
  • embryologi
  • parasitologi
  • genetik
  • paleonotologi
  • biologi molekul
  • sistematiks
  • immunologi
  • microbiologi
  • fisiologi
  • biologi sel
  • cytologi
  • virologi
  • taksonomi
  • evolusi
  • biokimia
  • biofizik
  • biomatematik
  • protozoologi
  • bio kejuruteraan
  • anthropologi

SELAMAT MENZIARAHI LAMAN ASHAARIO

KENALI DIRI ANDA DENGAN MENDALAMI ILMU BIOLOGI