INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU
KERTAS CADANGAN MEMBINA SEBUAH PUSAT
SUMBER SAINS
1. PENGENALAN:
Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains bukan
sahaja melibatkan pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal sains, Institut
pendidikan Guru Kampus Kota Bharu bercadang membina satu taman berkonsepkan sains
dan alam sekitar bagi memupuk pelajar meminati sains yang berkaitan dengan alam sekitar. Justeru itu untuk memupuk semangat
cintakan sains satu pusat sumber sains perlu diadakan oleh setiap IPGM bagi melatih guru-guru pelatih mendapat sumber dalam
setiap aktiviti mereka.
2. LATAR BELAKANG:
2.1 PS sains ini terletak di antara bangunan makmal sains dan bilik kuliah UMK.
2.2 Keluasan yang
dicadangkan adalah lebih kurang 10,000 kaki persegi.
2.3 Reka bentuk
taman yang dicadangkan adalah sebagaimana lakaran pelan yang
dilampirkan.
3. OBJEKTIF:
3.1 Memupuk guru pelatih dan pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang
banyak berkaitan dengan alam sekitar.
3.2 Pensyarah , guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan
apabila terbinanya
taman ini.
3.3 Merangsang
minda dan kreativiti guru pelatih pelajar dalam menjayakan taman ini.
3.4 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada tumbuhan/flora.
3.5 Menjadi pusat rujukan dan penanda aras pembelajaran sains bagi sekolah-sekolah.
4.RASIONAL:
4.1 Melahirkan guru pelatih dan pelajar yang peka kepada sains dan alam sekitar. Justeru
itu dapat mengaplikasi
pelajar dengan projek ini.
4.2 Menanam semangat
kerjasama kepada guru pelatih dan pelajar supaya cintakan sains
dan sayangkan alam sekitar.
4.3 Melaksanakan aplikasi teori pembelajaran sains khasnya bagi program PISMP yang
memerlukan Pedagogical Content Knowledge (PCK) direalisasikan di semua
peringkat semester pembelajaran.
4.4 Menggalakkan inovasi dan kreativiti guru pelatih dalam melaksanakan
tugasan-
tugasan pembelajaran mereka.
5. ANGGARAN KOS PROJEK:
5.1 Kos projek dianggarkan sebanyak RM60, 750 yang dipecahkan seperti mana berikut;
(a) Fasa Pertama
5.1.1 Tanah ( 30
lori)
= RM 3000
5.1.2 Batu kerikil
(3 lori) =
RM 600
5.1.3 Pagar yang
lengkap =
RM 5, 200
5.1.4 Kolam buatan =
RM 10, 000
5.1.5 Sebuah Bangunan
Rumah Hijau lengkap =
RM 15, 500
5.1.6 Pagola =
RM 5000
JUMLAH
= RM39,300
(b) Fasa Kedua
5.1.7. Ceper (disc)
= RM 1000
5.1.8 Sistem fertigasi
= RM 5000
5.1.9 Sel Solar
= RM 2500
5.1.10 Papan Tanda (semua item)
= RM 550
JUMLAH
= RM 9,050
© Fasa Ketiga
5.1.11. Pokok –pokok(kaktus/herba/0rkid)
= RM 2500
5.1.12
Replika haiwan
= RM 7000
5.1.13 Jambatan dalam taman (kayu)
= RM 3000
5.1.14 Laluan dalam taman =
RM 1800
5.1.15 Air pancutan elektrik
= RM 1300
5.1.16 Lain-lain kos
= RM 3350
JUMLAH
= RM 18,950
JUMLAH
RM 67300
6. RUMUSAN:
Selaras dengan wawasan 2020 yang menekankan kepentingan sains dan teknologi bagi menghadapi
era globalisasi dan perkembangan pesat dunia kini , maka IPGM Kampus Kota Bharu
mengambil inisiatif mewujudkan suatu pusat sumber sains sebagai keperluan menyahut cabaran tersebut. Justeru itu, pihak Jabatan
Sains IPGM Kampus Kotya Bharu memohon sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan,
Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan terutamanya daripada Kementerian Pelajaran sendiri.
Disediakan oleh,
Jawatankuasa Taman Sains
Jabatan Sains
IPKB Kampus Kota Bharu
Dibentangkan kepada
Pengarah pada 20 Jun 2009
Di Permai Inn Kuala Trengganu.